Ultimate magazine theme for WordPress.

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA PALING SENANG

0 2,039

Hai Assalamualaikum semuaa…

Hari ni tiba-tiba tekak ni teringin nak makan makanan orang putih, ‘western food‘ kata orang.. hehe.. Nak keluar pergi cari malas pulak.. ternampak ada yang share resepi spaghetti carbonara paling senang nak buat.

Apa lagi.. Selamat bila selongkar dapur barang-barang untuk buat Spaghetti Carbonara senang buat ni semua ada. Terus onz!

Korang pun pernah rasa kan macam tu. Kadang-kadang tu, walaupun ada lauk dan nasi tapi tekak teringin nak makan ala-ala western. Tapi jangan buat selalu. Risau kena cek -cek juga apa punca nya tu.. mengidaam je! hehe

Nak buat Spaghetti Carbonara ni memang cara yang paling senang dan mudah. Kalau ada anak-anak sekolah rendah tu boleh ajak sekali, masak bersama-sama.

So, jom saya share cara buat Spaghetti Carbonara ni. Resepi Spaghetti Carbonara paling senang ni memang cara yang simple dan sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

BAHAN-BAHAN SOS CARBONARA

  • 1 biji bawang Holland (dicincang)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 5 batang sosej
  • 1 tin cendawan
  • 2 tin sos cendawan carbonara Prego
  • 1 liter susu segar
  • Lada hitam
  • Oregano flakes

CARA-CARA BUAT SOS CARBONARA

  1. Mula-mula tumiskan bawang holland dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan. Waktu ni bau bawang pun dah sedap.
  2. Masukkan sosej dan cendawan butang yang telah dihiris. Nak hiris macam mana, terpulang pada kita. Ada yang suka hiris nipis, dan ada yang suka besar-besar sikit.
  3. Kemudian, taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam ke dalam kuah.
  4. Tuangkan sos cendawan kesemuanya.
  5. Kemduian, tuangkan susu segar 1 liter. Perasakan dengan sedikit garam… Dah siappp.
  6. Celur  spaghetti hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam.

Haa,, dah boleh dihidangkan bersama teh o panass. Makan petang-petang dekat depan halaman rumah. waaah! Sedaap betul tu.

Kalau nak lagi sedap, boleh tambah meatball. Comfirm berebut dengan anak-anak macam ni.

Boleh je kalau ada yang nk gantikan dengan makan tengah hari or makan malam. Sesetengah orang ada yang tak suka makan terlalu berat atau on diet kan. Boleh la cuba sesekali.

Kita jumpa lagi di enxt entry, dan jangan lupa baca tip simpan sayur kekal segar!

Leave A Reply

Your email address will not be published.