Sekarang ni Kak Long tengok ramai yang buat air dalgona-dalgona tu. Memang tengah viral kan sekarang ni? Nak tau Cara buat dalgona Coffee guna garfu?
Kak Long ada cuba sikit nak rasa, tapi ya ampuunn, memang tak kena dengan tekak Kak Long. Bila malam tu terus pening walaupun rasa sikit je. Sebab Kak Long bukan penggemar coffee.
“JANGAN BUAT KERAP SEBAB…”
Kak Long perasan Dalgona Coffee ni mula viral dekat aplikasi Tik Tok pada asalnya. Dan dibuat oleh orang Korea kan? (betulkan kalau Kak Long salah tau). Lepas tu dah start viral, ramai yang buat video, step by step lah, rasa sedap lah.
Tu yang semakin ramai buat dan viral ke media sosial lain seperti Instagram, Facebook dan Youtube. Benda viral macam ni memang ramai yang cari. Adik Kak Long pun ada buat review Dalgona Coffee ni.
Tapi masalahnya, bukan nya buat 1-2 perisa je, sekali 6 jenis minuman dia buat nak rasa. Korang jangan risau, sebab tak de lah dia minum semua tu sorang-sorang. Dia rasa sikit-sikit je untuk review, yang lain semua share!
PERINGATAN!
Jangan kerap buat Dalgona Coffee ni tau sebab ada banyak penggunaan kafein dalam dia. So, nanti akan ada kesan sampingan dekat diri korang.
Kepada yang tak biasa minum kopi, akan pening-pening, tak boleh tidur, dan ianya sangat TIDAK baik untuk kesihatan. Terutama sekali kalau korang yang ada penyakit-penyakit bahaya.
Nak buat Dalgona Coffee ni memang kena pakai mixer ke? Tak jugak sebenarnya. Sebab adik Kak Long buat pakai garfu je. Ada yang guna mixer, ada yang guna whisker, ada juga yang guna blender. Terpulang apa yang ade dekat rumah kita.
Enam (6) perisa yang adik Kak Long gunakan ni ialah
- Nescafe Classic
- Indocafe
- Old Town White Coffee
- Nescafe Latte Mocha
- Chocolate Delica
- Milo

Haa tak de lah semua coffee, ada juga guna milo dan coklat. Boleh jadi ke kalau guna milo atau coklat? Korang kena lah tonton video yang Kak Long sediakan dekat atas tu. Klik je.
Tapi Kak Long kongsikan juga dekat sini untuk korang boleh tengok bahan-bahan yang digunakan.
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK DALGONA COFFEE NI :
- Instant coffee ( ikut perisa coffee ) – 2 sudu
- Gula ( 2 sudu)
- Air panas (2 sudu)
- Susu segar
- Ais batu
Nak buat dia memang senang je, dan adik-adik kita yang kecik pun boleh buat. Kak Long nak bagitau betapa senang je buat dia. Hehe.
CARA-CARA NAK BUAT DALGONA COFFEE
STEP 1 – Masukkan 2 sudu instant coffee
STEP 2 – Masukkan 2 sudu gula
STEP 3 – Masukkan 2 sudu air panas

STEP 4 – Pukul bahan sampai betul-betul kembang dan bertukar bentuk jadi foaming. Kalau guna manual @ garfu, kena pukul lebih kurang 10-15 minit baru boleh dapat foaming yang sama.
Kalau ada mixer, blender atau whisker akan jadi lebih mudah dan lebih cepat lah.

Bila dah terbentuk jadi foaming dah boleh sedia untuk kita hidangkan. So boleh lah ulang dekat semua 6 perisa yang lain tu. hehe
STEP 5 – Masukkan ais batu dalam cawan yang cantik sikit. Kemudian tuang susu segar dalam ¾ cawan sahaja.

STEP 6 – Akhir sekali, masukkan Coffee Foam tadi ke dalam cawan. Sedia diminum!

Nak minum tu, kacau dulu sampai sekata baru lah diminum. Kalau makan foam tu sahaja memang pahit!
Dalam enam perisa ni, coklat Delica dan Milo tak bertukar menjadi foam tau. Dah pukul lama-lama pun tetap tak boleh. Jadi, untuk yang guna chocolate Malt ni, adik Kak Long ada buat satu video baru untuk jadikan milo foam menggunakan ovalette.
Dan rasa dia sedap tau! Oh yaa, Kak Long perhatikan bukan minuman je orang buat inovasi dengan dalgona ni, ada yang buat kek dalgona, aiskrim dalgona pun ada. Fuuhh! Kreatif betul orang-orang zaman sekarang ni.
InsyaAllah kita jumpa lagi dekat next entry ye. Nanti korang boleh tengok video Dalgona Milo yang berjaya jadi foam dengan gunakan ovalette.
Baca juga >> Senang je buat Dalgona Milo!