Sekarang viral gileer Coffee Tiktok atau Dalgona Coffee..Ramai yang tengah try coffee ni..Tapi siapa yang tak suka coffee boleh lah try buat Dalgona Milo Pekat Meleleh ni. Serious sedap!
Yang tak suka susu, boleh tukar dengan Milo kotak. Rasa dia memang nice!
Kak Long ada sediakan video dekat atas untuk korang mudah nak tengok. tapi Kak Long kongsikan juga resepi dan step- step di bawah ni tau.
BAHAN-BAHAN UNTUK DALGONA MILO
- Milo
- Susu segar @ milo kotak
- Gula
- Ovalete
- Air panas
- Ais
CARA NAK BUAT DALGONA MILO PEKAT MELELEH
STEP 1 – Masukkan milo, gula, air panas.. Nisbah yang digunakan ialah 1: 1 : 1 . Maksudnya jika 1 sudu milo, 1 sudu gula dan 1 sudu air panas. Untuk Ovalette masukan sikit sahaja (hujung sudu je tau)
STEP 2 – Whisk atau pukul semua bahan tersebut sampai kembang. Untuk milo ni, memang kena masukkan ovalette sikit baru dia boleh bentuk jadi foaming.
STEP 3 – Haa, kan dah bertukar jadi foam @ bertanduk @ kepok-kepok
STEP 4 – Masukkan ais dalam gelas cantik. tak cantik pun tak apa. nak minum jee.. Kemudian tuang susu segar atau milo . Yang tak suka susu, guna milo kotak. Yummeh!
5. Letakkan bahan yang kita whisk @ pukul tadi dekat atas air tadi. dan untuk topping, tabur sikit serbuk milo atau choc rice ke atau ape toping yang kita suka.
Taraaa! Dah siap Dalgona Milo Pekat Meleleh! Memang sedap. Bagi penggemar milo insyaAllah akan jatuh cinta dengan rasa dia.
Tapi, yang lenguh nya time nak whisk atau pukul sampai kembang tu. Sekiranya korang ada mixer, lebih mudah.
Bolehlah buat banyak-banyak dan hidangkan untuk anak-anak. Mesti diroang suka kan. Cuma ye lah, sesetangah anak ada yang tak boleh makan coklat atau milo.
So, boleh gantikan dengan holicks! Mesti sedap.
Okay lah jangan lupa cuba. Dah cuba komen dekat bawah okay. Jangan lupa klik SHARE untuk ramai lagi yang nak tahu buat dalgona milo yang sedap ni.
Baca juga >> Buat Dalgona Coffee pakai garfu?