Ultimate magazine theme for WordPress.

TIP SIMPAN SAYUR KEKAL SEGAR

0 460

Nak amal makanan sihat ni kalau takde sayur tak sah. Lagi banyak lagi bagus. Tapi sayur ni kalau simpan lama cepat layu kan?

Pening fikir macam mana nak kekalkan sayur supaya tahan lama dan kekal segar ni. So tak lah kerap keluar beli barang ni semua.

NAK RAHSIA SIMPAN SAYUR KEKAL SEGAR?

Sebenarnya kan, ramai je yang kongsikan macam mana cara terbaik nak kekalkan kesegaran sayur walaupun mencecah 2 minggu tau!

Haa, bayangkan 2 minggu dalam peti ais pun barang sayur-sayur semua masih segar umpama belian hari pertama. wah! Syookk tuu..

Jom kami kongsikan tip simpan sayur kekal segar.. Nanti boleh la cuba tips ni.

  • Step 1 : Cuci bersih semua sayur yang dah dibeli di pasar.
  • Step 2 : Rendam sayur selama 10-15 minit.
  • Step 3 : Sebelum tos, tabur sedikit garam. Garam ni fungsi dia untuk cuci sebersihnya kotoran dan racun yang mungkin ada pada sayuran tu. Garam ni jugak membunuh bakteria dan fungus yang melekat kat sayur tau.
  • Step 4 : Toskan segala air yang ada dan simpan dalam bekas. Guna yang kedap udara lagi baik.

Kredit  : Coach Shiela

INI CARA KEDUA TIP SIMPAN SAYUR KEKAL SEGAR

CARA-CARA NYA :

1- Sediakan bekas tertutup untuk kita simpan sayur

2- Lapikkan dengan tisu dapur

3- Masukkan sayur yang kita beli untuk disimpan. Tak perlu basuh dulu ye. Hanya buang akar jika ada.

Waah! Boleh cuba dua -dua cara ni kalau kita nak kekalkan sayur untuk tahan lama. Jimat masa, jimat wang dan jimat tenaga nak keluar beli barang selalu.

Kesimpulannya, haa nanti korang jangan lupa cuba tau tip simpan sayur kekal segar ni. Kalau dah buat dekat rumah kita, buat pulak dekat rumah mak dan mak mentua..

InsyaAllah jadi menantu kesayangan kita nanti.. hehe.. Selamat mencuba kawan-kawan! Lepas tu, jangan lupa SHARE tau. Supaya ramai lagi dapat manfaat dari posting ni.

Kredit – Nur Ziehah

Baca juga – Cara buat Nasi Lemak Pandan Wangi

Leave A Reply

Your email address will not be published.