Ultimate magazine theme for WordPress.

TIP GORENG IKAN KELI TAK MELETOP

0 637

Kalau baca tajuk, korang mesti dah tau hari ni nak borak pasal apa kan? yes! pasal Ikan keli.

Ramai orang suka makan ikan keli .. Tapi tak sanggup masak sendiri sebab bila digoreng meletup, bau pun hanyir. Nak tip goreng ikan keli tak meletop?

Ada orang fobia nak goreng ikan keli sbb meletop².. Paling stress bila minyak merecik satu dapur bila terlupa tutup kuali masa goreng.

Rupanya ada cara macam mana nak buat supaya ikan keli tak berbau bila dimakan dan nak goreng pun tak meletup-letup. Kita je yang baru tau, ish ish ish.

Jom kami kongsikan cara senang untuk masak ikan keli tak meletup, sedap dan tak bau lumpur.

Ni cara- cara atau tip goreng ikan keli tak meletop

1.Rendam ikan keli dgn air asam jawa yg diramas dlm 5 minit. Kemudian bilas dan cuci ikan spt biasa.

2.Kikis lemak pd kulit ikan

3.Kelarkan ikan

4.Letak garam kunyit jika hendak digoreng. Atau terpulang anda nak perisakan dengan rempah apa sebelum digoreng.

Ada orang suka gaul rempah kari utk goreng. Ada orang guna ramuan sendiri dgn kunyit hidup dan lain².

5.Salut ikan yg digaul garam kunyit tadi dgn tepung jagung.

6.Goreng seperti biasa… Insyaa Allah rasa sedap dan paling best tak meletup.

Senang dah la lepas ni kita nak masak ikan keli. Cucu bagi bersih dah hilang bau hanyir lumpur tu. Bila digoreng pun tak meletup. Fuhh! setel masalah kita selama ni kan.

Ikan keli ni biasanya lah kan, orang buat masak sambal kering. Sambal hijau, sambal merah, pecel lele pun sedap ni. Macam Kak Long tak suka sangat kalau buat gulai. Goreng rangup2 lagi sedap!

So, korang jangan lupa cuba tip goreng ikan keli tak meletop ni tau. Kalau tak, duk berperang lagi laa dengan ikan keli tu haa. Selamat mencuba! dan jangan lupa share tip ni tau.

Baca juga – Cara simpan sayur supaya tahan lama

Leave A Reply

Your email address will not be published.