Ultimate magazine theme for WordPress.

RESEPI NASI LEMAK PANDAN

0 233

Siapa suka makan nasi lemak? Nak resepi Nasi Lemak Pandan yang wangi dan sedap?

Nasi lemak ni boleh di katakan menu sarapan pagi yang paling famous kat negara kita.. tak kira bangsa india atau cina mesti suka nasi lemak.. Tapi mungkin nasi lemak setiap orang berbeza kan..

Hari ni kami nak sahare Resepi Nasi Lemak Pandan.. Kalau masak satu rumah boleh bau wangi pandan tu. Yang kenyang pun boleh jadi lapar balik. haha

BAHAN – BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK NASI

  • 4 pot beras
  • 1 pot santan pekat
  • 4 pot air pandan (5 helai daun pandan dikisar dengan 4 pot air)
  • 1/2 inci halia dihiris
  • 2 ulas bawang merah dihiris
  • 1 batang kulit manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh garam (secukup rasa)
  • 1 sudu makan minyak

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SAMBAL

  • 250 gram ikan bilis (separuhnya digoreng garing)
  • 1 labu bawang besar dipotong separa bulat
  • 1 keping gula melaka
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 sudu teh gula (secukup rasa)
  • 1 sudu teh garam (secukup rasa)

BAHAN KISAR (SAMBAL)

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 cawan air asam jawa

BAHAN UNTUK AYAM GORENG

  • 5 ketul ayam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan minyak
  • Telur Rebus
  • 5 biji telur ayam
  • 2 cawan air (secukupnya)

BAHAN – BAHAN LAIN

  • 1 batang timun dihiris
  • Kacang goreng

CARA MEMASAK NASI LEMAK BESERTA SAMBAL DAN AYAM GORENG

Nasi Lemak Pandan:

Satukan semua bahan-bahan dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah kering, kacau sebati supaya serata santannya.

Sambal Bilis:

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Separuh hanya digoreng sebentar dan separuh lagi digoreng garing. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka. Masak hingga agak kering dan kemudian masukkan bawang besar dan ikan bilis yang digoreng sebentar tadi. Masak hingga sambal agak kering dan bertukar warna kehitaman. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.

Ayam Goreng:

Basuh ayam dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan.

Telur Rebus:

Masukkan air dan telur ke dalam periuk. Rebus anggaran 10 minit. Telur yang telah direbus, direndam di dalam air sejuk anggaran 10 minit supaya senang untuk dikupas, kulitnya tak melekat.

Dah siap. Nasi lemak pandan, sambal bilis, ayam goreng, ikan bilis goreng garing dan hirisan timun. Selamat mencuba.

Kredit : Latipah Nawawi

Leave A Reply

Your email address will not be published.