Ultimate magazine theme for WordPress.

RESEPI KAMBING MUDAH MASAK SENDIRI

0 4,392

Ada orang yang tak dapat bezakan rasa daging kambing dengan daging lembu… Rasa daging kambing sebenarnaya lagi sedap dari daging lembu..

Tapi ada sesetengah orang tak suka sebab daging kambing ada bau sikit.. Tapi bagi penggemar kambing diorang memang suka bau tu..

Siapa yang penggemar kambing mesti sanggup beratur panjang gara-gara nak makan kambing golek bile ada kenduri atau open house.

Sebenarnya banyak je resepi kambing mudah masak sendiri yang boleh kita follow.

  1. Kambing Bakar

Bahan-bahan

  • 2 kg lamb shoulder (potong nipis)
  • 2 biji bawang besar } kisar
  • 80 g cili kering } kisar
  • 4 batang serai } kisar
  • 1 inci halia muda } kisar
  • 1 inci kunyit hidup } kisar
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan sos bbq
  • 1/2 cawan sos black paper
  • 3 sudu besar gula pasir @ gula melaka @ gula merah
  • 1 cawan minyak masak

Bahan sambal kicap

  • 3 biji Cili merah
  • 5-10 biji cili padi
  • 2 biji buah tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • 3/4 cawan air
  • sedikit gula (ikut citarasa… biar manis-manis pedas)

Cara memasak

  1. Untuk perapan lamb shoulder- cuci lambshouder hingga bersih.
  2. Gaul bahan kisar, kicap juga sos-sos dengan lamb shoulder.. gaul hingga sebati
  3. Masukkan gula dan minyak.. gaul lagi hingga sebati..Kemudian perap sebaiknya semalaman didalam peti sejuk.
  4. Kemudian bole la dibakar.. api jangan besar ye.. jangan masak hingga kering.. biar basah-basah sikit…baru sedap berjus
  5. Hidangkan bersama sambal kicap.. memang padu😁
  6. Untuk sambal kicap..Blender semua bahan hingga sebati.. masukkan kedalam periuk dan panaskan sekejap..

Kredit : Aznie Khasri

Baca juga >> ANEKA RESEPI MASAK KICAP

2. Stew Kambing Ala Mamak

Bahan-bahan

  • 500 g daging kambing dipotong dadu
  • 3 ulas bawang besar, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, diketuk
  • 1 ikat daun sup dan daun bawang, diracik
  • 1 ikat daun ketumbar, asingkan daun dan batang
  • 1 peket rempah – kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih
  • 2 batang serai, dititik
  • 3 biji kentang, dipotong 8
  • 1 batang lobak merah, dihiris kasar
  • 750 ml air
  • 2 sudu garam atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar tepung beras/tepung jagung (untuk pekatkan kuah) *opsyenel*
  • 4 sudu besar nutritional yeast (untuk perasa) *opsyenel*

Cara memasak

1. Tumis bawang sehingga layu dan masukkan rempah tumis

2. Masukkan kentang dan lobak. Gaul sebati.

3. Masukkan air, batang dan akar ketumbar, halia, bawang putih serta serai. Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan daging kambing. Tukar ke mod ‘high pressure’ dan setkan masa 30 minit.

5. Selepas 30 minit, masukkan daun bawang/sup/ketumbar, tomato dan perasakan dengan garam. Saya tambah nutrional yeast.

6. Biarkan mendidih seketika, masukkan bancuhan tepung. Biar seketika sehingga likat. Hidang panas-panas. Sedap dicicah bersama roti.

Kredit : Nihadriz Niha

3. Kari Kambing Pisang Muda

  • Bahan-bahan
  • 1 kg daging kambing
  • 200 g Tumisan Kari Daging Aroma Cheffaro
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 tangkai daun kari
  • 500 ml air
  • 1000 ml santan
  • 4 biji pisang berangan muda
  • 3 biji cili hijau
  • 2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula
  • 2 biji cili merah untuk hiasan (jika perlu)

Cara memasak

  1. Panaskan periuk. Masukkan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan Tumisan Kari Daging Aroma Cheffaro dan daun kari. Kacau sebati.
  2. Masukkan daging kambing, gaul rata. Tuangkan air, tutup periuk dan biarkan mendidih selama 30 minit.
  3. Masukkan santan, kacau sekejap. Masukkan pisang muda diikuti dengan serbuk jintan putih.
  4. Seterusnya masukkan cili hijau dan perasakan dengan gula dan garam. Siap!

Kredit : Cempaka PutiH

4. Kambing Masak Gulai Kuning

Bahan-bahan

  • 1 Kilo Daging Kambing bertulang
  • 2 Liter Air
  • 4 Helai Daun Salam
  • 1 Batang Serai di titik
  • 15 gm Lengkuas di ketuk
  • 10 gm Halia di ketuk
  • 200 ml Santan Kotak
  • 2 Sdk Garam
  • 1 Kiub Chicken Knorr
  • 4 Helai Daun Limau Purut
  • 50 ml Minyak Sayur untuk menumis

Bahan Kisar

  • 2 Sdk biji ketumbar di sangai
  • 1/4 Sdk Lada sukan
  • 10 gm Buah Keras
  • 100 gm Bawang Besar
  • 25 gm Bawang Putih
  • 1 Batang Serai (bagian putihnya)
  • 10 gm Halia
  • 7 gm Kunyit bakar

Garnish

  • Cili Padi Merah
  • Hirisan Tomato
  • Hirisan Daun Bawang
  • Bawang Goreng

Cara memasak

  1. Sediakan semua bahan-bahan
  2. Cuci daging kambing bertulang Toskan, kemudian masukan kedalam Periuk, tambahkan air,masukan serai, lengkuas,halia,dan Daun salam. rebuskan hingga separuh masak
  3. Kisar halus semua bahan kisar.
  4. Panaskan minyak sayur, Tumiskan bahan Kisar dan Daun Limau Purut, Tumis sehingga harum.
  5. Masukan bumbu kedalam rebusan kambing dan rebus kembali kambing sehingga Lembut.
  6. Masukan garam, serbuk pati ayam, dan santan kacau sebati,dan masak sebentar Sampai menggelegak
  7. Tuangkan gulai kambing kedalam mangkuk, tambahkan potongan Tomato,Hirisan Daun bawang,bawang goreng,dan cili sebagai garnish. Kambing Masak Gulai Kuning sedia untuk di hidangkan.
  8. Selamat mencuba dan semoga berjaya

Kredit : Jeehan_KitcheN

Satu lagi resepi kambing mudah masak sendiri ni ialah :

5. Rendang Kambing

Bahan-bahan

  • 1 kg daging kambing
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 biji lemon
  • Bahan menumis
  • 15 biji cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 7 btg serai-dihiris
  • 2 sb ketumbar (disangai)
  • 1 sb jintan manis (disangai)
  • 1 sb jintan putih (disangai)
  • Minyak masak secukupnya
  • Bahan lain
  • 800 gm santan
  • 3 sb kerisik
  • 5 helai daun limau purut (buang tulang- hiris)
  • 2 helai daun kunyit (hiris halus)
  • 1 sb asam jawa adabi
  • Garam, gula secukup rasa

Cara memasak

  1. Sebelum memasak, gaul daging kambing dengan perahan lemon dan tepung gandum. Biarkan setengah jam dan boleh dibasuh seperti biasa. Katanya petua bagi menghilangkan bau hanyir kambing @ lembu.
  2. Kisar kesemua bahan bahan tumis. sebelum itu, cili kering dipotong2, direbus dan tos. Nak express lagi gunalah lebih kurang 5 sudu besar serbuk cili maksiti (ganti cili kering). Rempah-rempah disangAi terlebih dahulu dan bahan lain dipotong kecil untuk menyenangkan proses kisaran.
  3. Panaskan minyak. Pastikan minyak melebihi bahan menumis. Tumis api sederhana sehingga pecah minyak dan wangi😊
  4. Kemudian masukkan daging kambing. Gaul dengan bahan tumisan.
  5. Tambah air hingga menutupi daging dan rebus daging hingga empuk. (sekiranya air kering, daging belum empuk, tambah sahaja air jangan takut) rebus hingga empuk yer.
  6. Bila daging sudah empuk, masukkan santAn, asam jawa dan daun limau purut. Masak lagi sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan pecah minyak.
  7. Saya suka rendang yang berkuah. Bila dah puashati dengan kepekatan kuah boleh lah perasakan dengan garam, gula mengikut citarasa kita. Akhir sekali tabur hirisan daun kunyit dan tutup api dapur. Gaul sebati. Rendang kambing aidiladha siapppp!!

Kredit : Ell Sakimin

6. Sate Kambing Maranggi

Bahan-bahan

  • 400 gm Daging Kambing Yang lembut
  • Secukupnya Tusuk Satai

Bahan Kisar

  • 40 gm Bawang Merah kecik
  • 20 gm Bawang Putih
  • 10 gm Lengkuas muda
  • 5 gm Halia
  • 40 ml Minyak Sayur
  • 5 Sdm Kicap pekat Manis
  • 30 ml Minyak Sayur
  • 1 Sdk biji Ketumbar Sangrai
  • 1/2 Sdk Jintan manis Sangrai
  • 1 biji Cili Merah
  • 1/2 Sdk Garam Halus
  • 1/4 Sdk Serbuk pati ayam (Optional)

Sambal Kicap Pedas

  • 3 Sdb Kicap pekat Manis
  • 50 gm Tomato di hiris
  • 20 gm Bawang Merah kecik dihiris nipis
  • 25 gm Cili Padi Merah dan Hijau dihiris nipis
  • 1/2 Biji Limau Nipis
  • Secubit garam (Optional)

 Garnish

  • Daun salad
  • Timun
  • Tomato
  • Daun sup

Cara memasak

  1. Sediakan semua bahan-bahan
  2. Satukan Daging Kambing dengan Bumbu Halus,gaulkan sebati. Pasal daging kambing selama semalaman di dalam Peti sejuk
  3. Satukan semua bahan untuk sambal Kicap Pedas, gaulkan sebati.
  4. Cucuk Satai, kemudian bakar Satai di atas Grill Pan/Bara Api
  5. Hidangkan Satai bersama dengan Sambal Kicap Pedas. Yammiii
  6. Selamat mencuba dan semoga berjaya
  7. Selamat mencuba dan semoga berjaya

Kredit : Jeehan_Kitchen

7. Lamb Chop Marinated

Bahan-bahan

  • 500 gm Shoulder lamb
  • 150 gm Sos Blackpepper
  • 2 Sdb kicap manis
  • 1 Sdb sos tiram
  • 1/2 Sdb lada hitam
  • 1/2 Sdk Rosemary
  • 1 Sdb Minyak Zaitun
  • 20 gm Bawang Putih di tumbuk halus
  • 5 gm Halia di tumbuk halus
  • 50 gm Bawang Holland di hiris nipis
  • 100 gm Brokoli
  • 100 gm Baby Carrot
  • 50 gm Tomato Ceri

Cara memasak

  1. Sediakan semua Bahan-bahan
  2. Perap lamb chops dengan semua bahan dan juga hirisan bawang Holland.
  3. Balut dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama semalaman.
  4. Panaskan Grill pan/Double Pan, Bakar lamb chops hingga matang. Bakar juga sayuran seperti brokoli dan carrot
  5. Hidangkan lamb chop bersama Sos blackpepper kegemaran anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya

Kredit : Jeehan _Kitchen

Selain daripada tu, ada satu lagi resepi kambing mudah masak sendiri yang boleh kita follow.

8. Stir Fry Lamb With Mushroom

Bahan-bahan

  • 300 gram daging kamping di potong nipis
  • 1 biji bawang holland di hiris
  • 1 biji cili hijau
  • Sedikit kicap manis adabi
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam kasar
  • Beberapa biji cendawan butang

Cara memasak

  1. Tumis bawang sehingga layu.
  2. Masukkan daging kambing dan goreng sehingga daging separa empuk.
  3. Masukkan kicap manis dan sedikit air. Tambahkan serbuk lada hitam dan cendawan. Goreng sehingga daging empuk sempurna.
  4. Tambahkan sedikit garam dan biar ia reneh sehingga sebati dan pekat. Taburkan hirisan cili hijau dan siap untuk di hidang.

Kredit : Nur Dhunaa AB Maleq

9. Tulang Biri Biri Masak Hitam ‘Kante’

Bahan-bahan

  • 1 kg lamb/mutton shoulder(potong kiub/kecik)
  • 4 sudu bsr sos tiram
  • 2 sudu bsr kicap pekat
  • 2 sudu bsr karamel masakan
  • 2 sudu kicap cair
  • 3 ulas bawang putih(hiris halus)
  • sedikit halia(hiris halus)
  • minyak (utk menggoreng)
  • 2 sudu gula
  • sedikit lada putih
  • 2 sudu kicap pedas enaq

Cara memasak

  1. Gorengkan lamb/motton shoulder terlebih dulu.. asingkan setelah siap. (goreng sampai daging masak sedikit)
  2. Buang minyak lepas menggoreng tadi.. tinggalkn sikit. masukkan bawang putin dan halia. goreng.. dan masuk kan balik kambing tadi
  3. Masukkan kicap satu persatu gaul rata
  4. Setelah agak serata biar sekejap.. last sekali masukkn gula..biar..pastu masukkn lada putih.. kacau2 dan boleh angkt dan hidangkan.. siap

Kredit : Muhammad Azreen

10. Kambing Bakar Berkicap Pedas

Bahan Perapan

  • Kambing secukupnya. Di hiris nipis
  • 1 sudu besar cili merah di blender halus
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos BBQ
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1 batang serai

Sos Kicap

  • 2 batang cili api
  • 1 biji bawang merah

Bahan sampingan

  • 1/2 biji cili banggala
  • 1/2 biji bawang holang
  • Seinci timun yang si potong dadu

Cara memasak

  1. Semua bahan perapan di satukan ke dalam bekas dan di lumurkan kepada kambing. Di perap selama 30 minit.
  2. Grill di atas pan/pemanggang bersama bahan sampingan. Bakar sehingga daging empuk dan masak sempurna.
  3. Hiris cili dan bawang merah dan tambahkan kicap gaul rata.
  4. Siap di hidang bersama timun dadu dan bahan sampingan lain. Boleh juga di makan bersama nasi putih panas.

 Kredit : Nur Dhunaa AB Maleq

11. Daging Kambing Kurma

Bahan-bahan

  • 500 g daging kambing (dipotong kecil)
  • 5 sudu besar serbuk rempah kurma
  • 3 batang daun kari
  • 1 biji bawang merah
  • 2 inci halia muda (size ibu jari)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 2 batang cili merah
  • 4 sudu minyak masak
  • 1 sudu minyak sapi
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara memasak

  1. Potong kentang dan lobak merah. Potong cili dan hiris bahagian tengah.
  2. Potong bawang merah,bawang putih dan halia, Daun kari siap dibasuh.
  3. Panaskan minyak masak dan masukan minyak sapi.
  4. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia. Masukan daun kari.
  5. Apabila bahan tumis tadi naik bau dan layu sedikit, boleh masukan daging kambing.
  6. Masukan rempah serbuk kurma. Masukan air, lobak merah dan kentang. Masak hingga pecah minyak.
  7. Apabila daging kambing hampir masak boleb masukan santan,cili merah dan serbuk pati ayam.
  8. Masukan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan siap.

Kredit : Mocque

Jadi, korang jangan lupa cuba resepi kambing mudah masak sendiri ni tau.

Leave A Reply

Your email address will not be published.