Ultimate magazine theme for WordPress.

Resepi Ayam Masak Black Pepper ini dapat 200 ribu tontonan! Sedap Sangat ke?

0 6,639

Alhamdulillah, mula-mula sekali Kak long ucapkan Terima Kasih banyak-banyak. Tak sangka video Ayam Masak Black Pepper ni boleh jadi seviral ni. Kira viral lah Kak Long rasa. hehe

Tapi, betul ke sedap? Kena lah cuba buat dulu, baru akan rasa jatuh cinta. Ayam masak black pepper ni memang favourite Kak Long dan keluarga. Anak-anak lah paling suka.

Salah satu sebab Kak Long suka dan memang nak minta korang semua buat resepi Ayam Masak Black Pepper ni ialah sebab bahan-bahan nak buat dia tersangat lah senang dan mudah nak dapat.

Sekali buat, insyAllah ramai yang akan suka. Awalnya, Kak Long suka kongsikan apa resepi yang mudah tetapi sedap. Ye lah, nanti senang untuk ramai nak follow. (Perasan kan..)

Sejak video Ayam Masak Black Pepper ni Kak Long kongsikan di Channel Youtube Port Resepi pada 15 April yang lepas, jumlah yang sudah menonton video tersebut adalah seramai 222,837 tontonan. Waah!

Kak Long kongsikan beberapa komen yang sudah mencuba resepi Ayam Masak Black Pepper ni.

Haaa, macam mana? Tak sabar rasa nak cuba resepi ni? Jom Kak Long kongsikan resepi mudah Ayam Masak Black Pepper.

Bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat masakan ni ialah :

  • Bahan perapan ayam :
    • 10 ketul ayam
    • 2 sudu tepung jagung
    • Serbuk lada hitam
    • Sos tiram
    • Kicap Manis

Bahan untuk kuah black pepper :

  • Bahan A :
    • 6 ulas bawang putih
    • 4 biji bawang kecil
    • Sedikit halia
    • 2 Sudu lada hitam

  • Bahan B :
    • 1 biji bawang besar
    • Daun sup
    • Daun Bawang
    • Hirisan halia
    • 1 biji lada besar hijau
    • Lobak merah
    • Bancuhan tepung jagung (2 sudu)
    • Kicap manis
    • Sos tiram

Cara penyediaan nak buat masakan Ayam Masak Black Pepper :

STEP 1 – Mula-mula sekali, perap ayam dulu. Masukkan tepung jagung ke dalam mangkuk bersama ayam.  Masukkan 2 sudu sos tiram, 2 sudu kicap manis. Renjis serbuk lada hitam.

Gaul sehingga sebati. Pastikan ayam tu semua tersalut dengan bahan perapan. Perap sekejap selama beberapa jam.

STEP 2 – Blend bwang putih, bawang kecil, halia dan lada hitam. Blend sehingga hancur.

STEP 3 – Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang kita blend tadi. Masak sehingga naik bau dan wangi. Masukan sedikit air.

STEP 4 – Masukkan ayam yang kita dah perap tadi. Kacau rata, masukkan sedikit air

STEP 5 – Tutup kuali supaya ayam cepat masak.

STEP 6 – Bila dah mendidih, buka dan kacau seketika. Masukkan halia dan lobak merak. Masukkan sedikit air. Tutup Kembali sehingga ayam betul-betul masak.

STEP 7 – Masukkan 1 sudu sos tiram dan renjis sedikit kicap manis. Kacau rata. Perasakan dengan sedikit garam dan sedikit gula.

STEP 8 – Kemudian masukkan bawang besar, daun sup, daun bawang, lada besar hijau dan akhir sekali bancuhan tepung jagung.

Bila rasa dah cukup elok, boleh lah tutup api dan sedia dihidang.

Senang je kan buat dia. Bila baca resepi yang Kak Long share ni, memang rasa dan Nampak senang dan simple je.

Nanti cuba lah buat. Makan pula dengan nasi panas-panas. Pasti bertambah. Anak-anak pun suka. Hehe.

Jangan lupa kongsikan resepi ni di laman sosial ye. Baik di Facebook, Instagram atau Twitter. Boleh lah tag Kak Long di @PortResepi. hehe!

Lauk anak-anak biasa tak pedas kan. Kak long ada kongsikan aneka resepi berkicap Khas untuk anak-anak. >> ANEKA RESEPI KICAP

Leave A Reply

Your email address will not be published.