Ultimate magazine theme for WordPress.

ANEKA RESEPI MASAK KICAP YANG SEDAP!

0 1,291

Masak kicap ni boleh di katakan lauk favourite anak-anak.. Makan dengan nasi panas memang layan kot.. Sebenarnya terdapat banyak aneka resepi masak kicap yang sedap-sedap kita boleh buat kalau tak nak anak-anak berselera makan.

Jom kami kongsikan aneka resepi masak kicap yang sedap!

Ayam Kicap Simple

Bahan-Bahan:

  • 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
  • 3 batang serai | titik
  • 12 biji cili padi | hiris memanjang
  • 2 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam,gula dan perasa secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
  4. Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
  5. Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
  7. Ayam sedia dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

Ayam Masak Kicap Pedas Daun Kari

Bahan- Bahan :

  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Cili kering blender
  • Bawang besar (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Halia (hiris memanjang)
  • Cili padi ijau/merah (belah dua)
  • Daun kari
  • Air Asam jawa
  • Kicap
  • Air ckit utk kuah
  • Garam (jika perlu SBB dh ada kicap kn..
  • Ajinamoto/gula
  • Bwg beso (hiris bulat)

Cara Memasak :

  1. Ayam (goreng ayam terlebih dahulu..jangan goreng garing sangat)
  2. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelage, bahan hiris dan daun kari sampai naik bau.. Kemudaim masukkan cili blender dan tumis sampi garing..
  3. Dah garing masukkan air asam jawa sikit, kicap dan air.. Biar kuah mendidih dulu..
  4. Bila kuah dah mendidih masukkan ayam goreng.. Masukkan garam (jika perlu), aji dan gula secukup rasa.
  5. Biarkn mendidih lagi sekali dan masukkan bawang hiris bulat dan cili padi.. Siap..

Telur Masak Kicap Blackpepper

Bahan bahan:

  • 4 biji telur – goreng mata
  • 4 sudu makan kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil lada hitam – tumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 1 tangkai cili hijau – cili Solok
  • 3 tangkai cili padi merah – untuk menambah warna
  • 1 sudu kecil serbuk MAGGI Cukup Rasa
  • Sedikit air
  • Bahan tumbuk:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

Cara Memasak:

  1. Mula mula panaskan minyak yang banyak dalam kuali untuk menggoreng telur mata. Jika tidak menggunakan kuali non-stick, masukkan sedikit garam supaya ianya tidak melekat.
  2. Pastikan minyak betul betul panas sebelum dimasukkan telur. Goreng dengan api besar, goreng dan cepat cepat angkat. Barulah telurnya cantik.
  3. Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap
  4. Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan menggoreng telur) dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan kicap lemak manis. Masukkan sedikit air.
  5. Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap
  6. Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap
  7. Masukkan lada hitam tumbuk, dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.
  8. Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap
  9. Kemudian masukkan bawang besar dan cili hidup. Setelah hampir layu, masukkan telur satu persatu dan dikacau rata supaya ianya bersalut dengan kuah kicap.
  10. Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap
  11. Akhir sekali, masukkan daun sup dan bolehlah ditutup api. Saya letak juga cili padi merah, sekadar menambah warna lauk hari ini. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit : menu telur dadar

Daging Masak Kicap

Bahan-bahan

  • Daging setengah kilo potong dadu atau nipis terpulang
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 4 sekawan
  • Setangkai daun gulai
  • Garam
  • 2 sudu mkn serbuk cili
  • 5-6 ketoi gula batu
  • Sebijik bawang besar potong nipis utk tabur

Bahan blend

  • Bawang besar 2 bijik
  • Bawang putih 3 ulas
  • Sedikit halia

Cara memasak:

1.Tumis bahan-bahan blend masukkan daging dan 4 sekawan.

2.Biar reneh hingga kering sebati.. sesekali kacau.

3.Masukkan kicap daun kari serbuk cili dan garam.

4.Kacau hingga pekat, tabur bawang besar dan kacau hingga bawang layu tutup api.

Kredit : Nor Hasimah

5. Sotong Masak Kicap Cili Api

Bahan-bahan :

  • Sotong (gaul dgn garam dan kunyit)
  • Bawang putih, bawang merah, halia, ciliapi (dipotong halus)
  • Minyak, gula ,asam jawa ,kicap

Cara memasak :

1.Panaskan minyak masukkan bawang merah, bawang putih ,halia masak sampai kuning.

2.Masukkan sotong, kicap dan cili api, bawangg besar yg dipotong bulat ,air asam dan gula,(garam x perlu lagi ya sebab sotong dah gaul dengan garam tadi)

3.Sedia hidang

Kerang Masak Kicap

Bahan-bahan

  • 1 kilogram kerang
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 biji cili padi (ikut citarasa pedas)
  • 1 inci halia
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • 3 sudu besar Seafood sauce Adabi
  • 1-2 sudu besar asam jawa
  • Garam dan gula mengikut citarasa
  • 3 biji tomato
  • 1 tangkai daun bawang dan daun saleri
  • Air limau nipis

Cara Memasak

1.Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

2.Cuci kerang hingga bersih. Potong kasar bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Kisar

3.Tumis bahan kisar sehingga masak. Masukkan seafood sauce, kicap lemak manis dan asam jawa. Tumis lagi.

4.Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Masukkan kerang, tutup kuali dan biarkan masak sekejap dalam 5 minit

5.Masukkan tomato dibelah 4, daun bawang dan daun saleri yang dipotong panjang 1 inci. Perah air limau nipis. Angkat dan hidangkan. Tabur cili merah yang dipotong sebagai hiasan😍

Kredit : Nor Hasan

SAMBAL GORENG KICAP

Bahan-bahan

  • 2 keping tauhu*
  • 2 keping tempe*
  • Hati/pedal ayam*
  • Soon*
  • 3 biji cili merah
  • Kicap manis/kicap pekat
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih

Cara memasak

1.Goreng kan bahan- bahan bertanda * terlebih dahulu

2.Panaskan minyak. Tumis kan bawang merah bawang putih cili hingga layu. Masukkan bahan-bahan yang telah di goreng terlebih dahulu. Masukan kicap manis dan kicap pekat.

3.Taburkan dengan hirisan lada dan bawang goreng. Siap. Mudah kan. Selamat mencuba

kredit: anieschoc

Ikan Tongkol Masak Kicap

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan Tongkol saiz kecil
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili api- boleh dilebihkan untuk lebih pedas
  • 1 inci halia
  • I biji bawang besar
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Kicap lemak manis
  • Sos tiram

Cara memasak

1.Ikan Tongkol dibersihkan, dilumurkan garam dan kunyit dan di goreng terlebih dahulu.

2.Hiris halia. Tumbuk/kisar kasar bawang putih, bawang merah dan cili api

3.Panaskn minyak, tumiskan halia terlebih dahulu. Setelah itu masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk@kisar tadi. Tumis hingga garing

4.Setelah itu masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan jintan putih. Tumiskan sebentar. Bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap lemak manis, dan garam secukup rasa

5.Akhir sekali bolehlah dimasukkan ikan tongkol dan hirisan bawang besar. Gaulkan sebentar hingga bawang besar sedikit layu.

6.Tutup api, siap untuk dihidang.

Kredit : Syuhada

Hati Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan

  • 2 keping hati ayam
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Kuah Kicap
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit lada hitam
  • Cili padi di hiris
  • Bawang merah di hiris
  • Gula/garam jika perlu

Cara memasak

1.Lumurkan garam dan kunyit pada hati ayam tadi. Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan seketika.

2.Tumis bawang dan cili, masukkan sos tiram, kicap pekat dan lada hitam. Gaul rata dan masukkan hati tadi.

3.Siap untuk di hidang.

Kredit : Nur Dhunaa AB Maleq

Ikan Bilis Goreng Kicap

Bahan-bahan

  • Segengam Ikan Bilis
  • 1 biji Bawang Besar (hiris nipis)
  • 1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
  • 7 biji Cili Padi (hiris kasar)
  • 1 sudu besar Kicap Lemak Manis
  • Minyak utk mengoreng

Cara Memasak

1.Sediakan bahan-bahan yang diperlukan termasuk minyak masak

2.Cuci bersih ikan bilis.

3.Panaskan minyak & goreng ikan bilis sehingga keperangan. Pastikan minyak betul-betul panas untuk dapatkan ikan bilis goreng yang rangup.

4.Masukkan bawang besar, bawang putih & cili padi (boleh tambah kuantiti lagi kalau nak pedas) ke dalam ikan bilis tadi. Goreng hingga garing.

5.Masukkan pula kicap lemak manis & gaul rata. Kemudian tutup api.

6.Toskan ikan bilis yang telah digoreng tadi sebentar untuk buang lebihan minyak.

7.Ikan bilis goreng kicap is done.

Kredit : Erna Hezreen Hamzah

Sardin Masak Kicap

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin Mackerel
  • 5 ulas bawang merah – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 biji bawang merah – dihiris bulat
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji kentang – dihiris nipis
  • Kicap
  • Gula

Cara Memasak

  1. Goreng kentang sehingga masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan ikan sardine sambil dibalik-balikkan ketika menggoreng.
  3. Masukkan sos ikan dan kicap. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan bawang besar, cili padi, cili merah.
  4. Masukkan kentang yang digoreng tadi, dan gaul sebati.
  5. Sedia untuk dihidang!

Cuba juga Resepi Nasi Tomato Special

Leave A Reply

Your email address will not be published.