Ultimate magazine theme for WordPress.

30 RESEPI SAHUR YANG MENYELERAKAN

0 2,856

Bila tiba bulan Ramadhan umat Islam di wajibkan menunaikan rukun islam ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Kita perlu menahan di diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

So, kalau nak bertenaga pada waktu siang kita perlulah bersahur. Bersahur ni sunat tau..Siapa bangun sahur dapat extra pahala..Kalau tak tahu nak masak apa time sahur .. Jom kita tengok 30 resepi sahur yang menyelerakan dan simple.

Baca juga >> 10 ANEKA MASAK IKAN PARI

1.Sambal Tumis Telur

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 sudu besar cili kering (kisar )
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
  • Telur (rebus, kupas & goreng)

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga garing dan wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul-betul garing.
  3. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
  4. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
  5. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.
  6. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
  7. Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.

Kredit resepi: Azie Kitchen

2.Telur Masak Kicap Blackpepper

Bahan bahan:

  • 4 biji telur – goreng mata
  • 4 sudu makan kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil lada hitam – tumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 1 tangkai cili hijau – cili Solok
  • 3 tangkai cili padi merah – untuk menambah warna
  • 1 sudu kecil serbuk MAGGI Cukup Rasa
  • Sedikit air

Bahan tumbuk:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

Cara Memasak:

  1. Mula mula panaskan minyak yang banyak dalam kuali untuk menggoreng telur mata. Jika tidak menggunakan kuali non-stick, masukkan sedikit garam supaya ianya tidak melekat.
  2. Pastikan minyak betul betul panas sebelum dimasukkan telur. Goreng dengan api besar, goreng dan cepat cepat angkat. Barulah telurnya cantik.
  3. Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap
  4. Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan menggoreng telur) dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan kicap lemak manis. Masukkan sedikit air.
  5. Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap
  6. Masukkan lada hitam tumbuk, dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.
  7. Kemudian masukkan bawang besar dan cili hidup. Setelah hampir layu, masukkan telur satu persatu dan dikacau rata supaya ianya bersalut dengan kuah kicap.
  8. Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap
  9. Akhir sekali, masukkan daun sup dan bolehlah ditutup api. Saya letak juga cili padi merah, sekadar menambah warna lauk hari ini. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit : menu telur dadar

3. Sambal Telur Hancur

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 sudu makan cili kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit asam jawa

Cara Memasak:

  1. Kisar bawang merah dan bawang putih
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
  4. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
  5. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Kredit resepi: Rasa

30 resepi sahur yang menyelerakan dan simple!

4. Masak Kurma Telur Rebus Dengan Cili Hijau

Bahan-bahan:

  • 50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit
  • 400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
  • 8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong empat
  • 12 biji cili besar hijau | dikisar halus
  • 300ml air
  • 8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
  • 2 biji bawang besar | dihiris halus
  • 2 labu bawang putih | dihiris
  • 4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
  • Rempah 3 beradik secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 3 helai daun pandan | disimpul
  • 4 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya

Cara Memasak:

  1. Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik.
  2. Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan air diikuti santan. Kacau rata. Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
  5. Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

Satu lagi antara 30 resepi sahur yang menyelerakan yang boleh kita follow ialah :

5.Telur Bistik

Bahan-bahan:

  • Telur ayam 2 biji
  • Isi ayam 2 ketul dipotong dadu
  • Sayur campur
  • Bunga kubis
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Tepung jagung

Cara Memasak:

  1. Rebus ayam dahulu biar separuh masak. Angkat dan asingkan air rebusan ayam.
  2. Pecahkan telur dan masukkan isi ayam. Gaulkan sampai rata.
  3. Masukkan garam.
  4. Goreng telur dan ayam tadi. Buat 2 biji. Siap bahagian 1.
  5. Dalam kuali lain, tumis bawang merah dan putih sampai wangi.
  6. Masukkan cili giling, sos cili dan sos tomato sampai pecah minyak.
  7. Masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan sayur campur dan bunga kubis.
  8. Apabila hampir masak, masukkan sos tiram. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah jika perlu.
  9. Perasakan dengan garam dan gula.
  10. Curahkan kuah kepada bahan di bahagian 1 tadi. Kalau nak masukkan telur tadi dalam kuah tadi dan panas atas api sekejap pun boleh. Siap!

Kredit resepi: Mawar Yus

6.Telur Masak Paprik

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur rebus | buang kulit
  • 3 batang jagung kecil | hiris
  • ½ batang lobak merah | hiris
  • 1 biji cili merah | kisar
  • 1 ulas bawang putih | kisar
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh sos tiram
  • ½ biji capsicum hijau | hiris
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3gm tepung jagung
  • 1 helai daun limau purut
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan tumis hingga lembut.
  3. Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah memekat.
  4. Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

Kredit resepi: Rasa

30 resepi sahur yang menyelerakan dan simple. Anak-anak pun berselera!”

7.Sambal Ikan Bilis Kering

Bahan-Bahan :

  • 100-150 gram ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula atau secukup rasa
  • 1 keping asam keeping

Bahan Kisar :

  • 3 biji bawang besar @ saiz sederhana
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar cili kering kisar

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dengan api sederhana sehingga garing. Ikan bilis dibasuh manja manja sejurus sebelum digoreng. Jangan basuh awal, nanti lambat garing.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar sehingga masak dan berbau wangi.
  3. Masukkan pula cili kisar. Tumis dengan api perlahan sehingga ianya benar benar masak dan garing. Cili masak apabila telah terbit minyak dan kelihatan berbuih.
  4. Masukkan asam keping, gula dan garam. Kacau rata dan sejukkan. Sendengkan kuali untuk membuang lebihan minyak.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata. Siap.

Kredit resepi : Aziekitchen

Ikan Bilis Sambal Garing ni salah satu favourite saya dalam 30 resepi sahur yang menyelerakan ni.

8.IKan Bilis Sambal Garing

Bahan-Bahan:

  • 250gm ikan bilis | digoreng garing
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 15 tangkai cili kering | dikisar
  • Garam secukup rasa
  • Bahan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Selepas itu masukkan garam secukup rasa dan bahan perasa secukupnya. Kacau sehinga rata.
  3. Akhir sekali, gaul dengan ikan bilis tadi seketika.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

9.Sambal Tempe Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
  • 1 pek tempe – hiris nipis dan goreng garing
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah – tumbuk
  • Gula
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar.
  3. Setelah wangi dan garing, masukkan gula.
  4. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.
  5. Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng.
  6. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.

10.Sambal Terung Pipit Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 1 cawan terung pipit
  • 1 genggam ikan bilis kembung
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4-5 biji cili hijau (dihiris)
  • 1/2 sudu teh pes asam jawa
  • 1 inci belacan (larutkan dalam ½ cawan air)
  • Garam secukup rasa
  • Gula
  • ½ cawan air

Cara Memasak

  1. Cucikan terung pipit dan kemudian rebus hingga lembut. Selepas itu, toskan.
  2. Ikan bilis kembung direndam hingga lembut, kemudian asingkan dari tulangnya. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkan belacan yang dilarutkan, kacau rata dan tambah ikan bilis kembung.
  4. Tuangkan air dan tambah terung pipit. Kacau dan biarkan ia mendidih perlahan.
  5. Tambahkan pes asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau dan biarkan hingga masak.
  6. Siap!

resepi : Ayu Nadirah

11.Sambal Totok Jawa

Bahan-Bahannya:

  • Segenggam ikan bilis
  • 10-15 biji cili padi kampung
  • 3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
  • 1 biji bawang merah – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci belacan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam & sedikit gula
  • Limau kasturi -ikut suka

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
  3. Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
  4. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
  6. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

12.Ayam Goreng Cili Masala

Bahan-bahan:

  • 1 keping isi dada ayam | potong dadu
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 2cm halia | kisar  halus
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
  • 3 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm
  • 1/2 biji cili Banggala
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 1 sudu makan tepung gandum

Bahan Sos Cili:

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi.
  2. Seterusnya panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,cili Benggala. Kacau seketika dan angkat dan tapiskan minyaknya.
  3. Kemudian sediakan bahan sos. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
  4. Masukkan dalam mangkuk, kemudian hidangkan bersama ayam goreng dan nasi putih.

Kredit resepi : Rasa

13.Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • 500gm isi ayam | hiris kecil
  • 50gm daun bawang
  • Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • 3 biji cili merah | hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 5ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia mudah | hiris halus
  • 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
  • 1 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
  3. Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
  4. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
  5. Kemudian perasakan dengan garam, gula  secukupnya.
  6. Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
  7. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

Sumber gambar & resepi : Rasa

14.Ayam Masak Kicap

Bahan-Bahan:

  • 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
  • 3 batang serai | titik
  • 12 biji cili padi | hiris memanjang
  • 2 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam,gula dan perasa secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
  4. Biarkan  isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
  5. Seterusnya masukkan kicap  manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
  7. Ayam sedia dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

15.Resepi Ayam Merah Madu Special

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam potong 8
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 1 senduk kecil madu
  • 1 batang serai-potong 2, ketuk hujung
  • 3 helai daun pandan-diikat
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • minyak
  • garam
  • Gula melaka/manisan

Cara Memasak

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng. Tak payah garing.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Panaskan minyak dan tumis dulu cili kisar hingga masak.
  4. Masuk bahan yang di kisar, daun pandan dan serai. Tumis sehingga terbit bau.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap (supaya nampak gelap), gula melaka/manisan, garam dan 1 cawan air.
  6. Setelah itu masukkan ayam. Masukkan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.
  7. Akhirnya masukkan madu dan kecilkan api supaya terbit minyak. Tutup bila kuah agak pekat.
  8. Hidangkan dengan nasi sedap (nasi minyak ker, nasi tomato ker)

16.Ayam Goreng Berlada

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging ayam – potong 8 bahagian – perap seketika dengan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 labu bawang besar – mayang kasar
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 sudu teh pati asam jawa – bancuh dengan 1/2 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan
  • minyak
  • Bahan kisar (jangan terlalu halus):
  • 10 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cm halia

.

Cara Memasak :

  1. Goreng daging ayam hingga separuh masak.
  2. Gunakan 4 sudu makan minyak bekas gorengan ayam tadi, dan tumis bahan kisar.
  3. Masukkan serai dan terus tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam goreng dan bancuhan air asam jawa.
  5. Masak dengan api sederhana panas sehingga kuah lada menjadi pekat dan daging ayam masak sempurna.
  6. Masukkan bawang besar daun limau purut, garam / gula / perasa pilihan.
  7. Gaul seketika sehingga daun limau purut mengeluarkan aroma dan berubah warna.
  8. Padamkan api dapur.

17.Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Bahan-bahan :

  • 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
  • 3 biji bawang merah (sederhana besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cilipadi
  • 1 atau 2 keping Asam keping
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 btg serai diketuk
  • Hirisan bawang besar
  • Minyak utk meggoreng
  • Garam gula / gula merah (jika suka)

Cara Memasak:

  1. Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
  2. Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sgt sambil masukkan garam, kacau sekejap
  3. Masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.
  4. Goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan..
  5. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.

Pemilik resepi : @angelic.argan

18.Resepi Daging Bakar Danok

Bahan perapan daging

  • Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)
  • 1sk sos ikan
  • 2 sb Sos tiram
  • 2@3 sb Brown sugar
  • Sekeping gula melaka
  • 1 sk lada hitam
  • Sedikit minyak
  • Serbuk cukup rasa 1@2 sudu

Bahan sos

  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1sb Beras(sangaikan dulu& tumbuk)
  • 1@2 ulas bwg putih
  • 1@2 sk Sos ikan(ikut tahap masin tekak masing2)
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sk brown sugar
  • 1/2 keping gula melaka(tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)
  • Chili flakes
  • 1 sk sos cili
  • 1 sk sos tiram
  • 1 Bawang besar (hiris nipis)

Cara Memasak

  1. Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih smpai lumat
  2. Masukkan sos ikan,gula melaka,brown sugar,beras yg disangai,perahan limau nipis
  3. Masukkan sos cili,sos tiram(saja tambah utk pekatkan sos)
  4. Masukkan daun ketumbar yg dipotong
  5. Masukkan chili flakes(kalau suka pedas boleh tambah)
  6. Masukkan bawang besar yg dipotong tadi
  7. Kalau tawar tawar tambah garam sikit
  8. Bakar daging (saya bakar guna pemanggang ajaib lebih kurang 20 hingga 30 minit)

Kredit: Fb Diaz Yushazlina

19.Daging Masak Merah

Bahan-bahan

  • ½ kg daging (direbus sehingga empuk dgn pewarna merah dan bawang putih 3 ulas yg diketuk, sedikit garam)
  • 1 biji bawang besar (dipotong kasar)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 1 inci halia (dimayang atau diketuk)
  • 1 biji capsicum hijau (dipotong kasar)
  • 2 biji lada merah besar (potong serong)
  • 1 biji carrot (dipotong bulat)
  • ½ biji brokoli
  • 1sdb sos tiram
  • 1sdb sos tomato
  • 3sdb sos cili
  • 1sdb sos thai (optional)
  • Masukkan sedikit air rebusan daging (jika nak berkuah)

Cara Memasak

  1. Potong daging sebesar dua jari @ ikut suka.
  2. Simpan air rebusan daging untuk menumis.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
  4. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sos thai.
  5. Kacau rata dan masukkan bahan perasa
  6. Masukkan garam secukup rasa
  7. Masukkan air rebusan daging tadi jika nak berkuah.
  8. Masukkan sayur² tadi dan daging.
  9. Kacau hingga rata dan sayur masak

20.Resepi Daging Masak Hitam Simple

Bahan-bahan

  • 500g daging potong nipis
  • 3 biji bawang merah
  • 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji cili kering
  • Rempah tumis
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar kicap masin adabi
  • 3 sudu besar kicap lemak manis adabi
  • Sedikit air, garam dan gula

Cara Memasak

  1. Blanderkan bawang merah, bawang putih, serai dan cili kering. Tumiskan rempah dan bahan yang dibland tadi.
  2. Kemudian, masukkan daging. Kacau sebati dan tambah sediikit air. Tutup sekejap jika perlu.
  3. Masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis. Tambah lada hitam dan biji ketumbar yang telah ditumbuk. Kacau sebati.
  4. Boleh masukkan kicap manis dan masin. Tambah secubit garam dan gula. Tutup periuk dan kecilkan api selama 20 minit. Biarkan daging empuk dan masak.
  5. Selepas 20 minit boleh angkat. Kuah akan pekat dan daging pun memang lembut.

Kredit : dapurcheyah

21.Resepi Daging Berlada

Bahan-bahan

  • 500 gram daging lembu
  • 15 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu besar kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara:

1. Rebuskan daging lembu sehingga empuk. Toskan & potong daging nipis-nipis.

2. Menggunakan lesung (atau apa-apa benda berat korang ada), leperkan daging. Ketepikan.

3. Menggunakan lesung, tumbuk bawang merah, cili merah, cili padi, halia dan tomato sehingga lumat. Kalau takda lesung, blender pun boleh – tapi blend kasar je okay jangan jadikan pes!

4. Perapkan daging dengan kunyit & sedikit garam.

5. Gorengkan daging sehingga ranggup dan asingkan.

6. Menggunakan minyak gorengan daging, tumis bahan kisar sehingga wangi, dan masukkan daging yang telah digoreng tadi. Goreng seketika.

7. Siap untuk dihidang! Makan dengan sepinggan nasi putih panas, ngam habis!

Kredit resepi: Seismik Makan

22.Nasi Goreng Biasa

Bahan-bahan:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih |ketuk
  • 3 sudu makan cili boh
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam | potong nipis
  • 100gm udang | bersihkan
  • 100gm sotong | hiris
  • 100gm sawi | potong
  • 100gm kubis cina | potong
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  2. Pecahkan dan masukkan telur, garam , isi ayam, sotong, udang, hirisan sawi dan kubis cina. Gaul seketika.
  3. Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

23.Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan:

  • 5 cawan nasi putih (6 orang makan)
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan sebesar ibu jari (kalau tak suka belacan boleh ganti dengan serbuk ikan bilis)
  • Cili padi (10 tangkai)
  • 2 biji telur ayam
  • Sayur apa pun boleh kalau tiada kangkung
  • 1 cawan ikan bilis
  • Potongan ayam/daging (ikut suka sebagai perencah)
  • Perasa – Garam, gula, satu sudu sos tiram & kicap
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Ikan bilis digoreng dahulu dan asingkan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, ayam yg dipotong kecil serta belacan.
  3. Biar naik bau dan layu boleh masukkan telur.
  4. Kacau sampai rata dan masukkan nasi tadi.
  5. Gaulkan sebati dan boleh masukkan garam, gula, sos tiram serta kicap.
  6. Akhirnya masukkan sayur serta ikan bilis yang siap digoreng tadi.
  7. Masak sampai betul rata perasanya.
  8. Ada orang suka berkicap ada yang tak suka. Terpulang ikut citarasa masing – masing.

Sumber gambar & resepi : Rasa

24.Resepi Nasi Goreng Seafood

Bahan-bahan

  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah – saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak/minyak bijan
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun sup dan timun (untuk hiasan)

30 resepi sahur yang menyelerakan

Cara Memasak

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/ hiris. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
  4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
  5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
  7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
  8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

25.Resepi Nasi Goreng Ulam

Bahan-Bahan

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 8 tangkai cili padi – diketuk
  • 1/2 labu bawang besar – didadu
  • 3 ulas bawang putih – diketuk/dicincang
  • 1 cawan ikan bilis kecil2 – digoreng garing
  • 5 batang kacang kelisa (botor) – dihiris nipis
  • 7 urat kacang panjang – dihiris halus beberapa tangkai daun kesum – dicincang
  • 1 biji cili merah dan cili hijau – potong serong
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 biji telor
  • garam secukup rasa
  • minyak masak

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
  2. Masukkan kiub pati ikan bilis dan kicap cair.
  3. Kacau sekejap Masukkan nasi putih dan kacang kelisa..
  4. Kacau lagi. Tambah garam secukup rasa.
  5. Tolak nasi ke tepi kuali sikit dan pecahkan telor.
  6. Kacau rata hingga nasi nampak berasap gitu. Tutup api dan masukkan kacang panjang, daun kesum, cili merah dan hijau dan ikan bilis yg digoreng tadi. Gaul rata. Hidangkan.

26.Resepi Nasi Goreng Sardin

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk besar nasi
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
  • Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
  • 1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
  • 2 biji telur
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.

3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap. Sedap.

27.Sambal Sardin

Bahan-bahan:

  • 1 tin ikan sardin
  • Pes cili – cili kering yang telah siap dikisar
  • 1 biji bawang besar – dihiris bulat-bulat
  • Air asam jawa
  • 2 biji bawang merah – ditumbuk
  • Halia – ditumbuk
  • 3 biji kentang – dihiris tebal dan digoreng
  • 1 biji lada besar
  • Kicap lemak manis
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa

Cara Memasak

  1. Tumis bawang merah, halia yang telah ditumbuk sehingga garing sebelum memasukkan pes cili sehingga masak dan naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa dan gaul seketika.
  3. Tuangkan sardin bersama sosnya dan masukkan bersama sedikit kicap lemak manis.
  4. Masukkan bawang besar dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidang

Menu seterusnya ni memang ramai yang suka. Sebab tu boleh ada dalam list 30 resepi sahur yang menyelerakan

28.Sardin masak Kicap

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin Mackerel
  • 5 ulas bawang merah – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 biji bawang merah – dihiris bulat
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji kentang – dihiris nipis
  • Kicap
  • Gula

Cara Memasak

  1. Goreng kentang sehingga masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan ikan sardine sambil dibalik-balikkan ketika menggoreng.
  3. Masukkan sos ikan dan kicap. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan bawang besar, cili padi, cili merah.
  4. Masukkan kentang yang digoreng tadi, dan gaul sebati.
  5. Sedia untuk dihidang!

Antara 30 resepi sahur yang menyelerakan dan simple untuk kita follow untuk makan sahur :

29.Sardin Goreng

Bahan-bahan

  • 1 tin sardin
  • 2 labu bawang besar
  • 1 bawang putih
  • 2 biji cili merah besar
  • 10 biji cili padi
  • Limau kasturi

Cara Memasak

  1. Buang kuah sardin asingkan kuah toskan. Goreng dengan api perlahan.
  2. Gunakan penutup ye sebab nanati akan meletup2
  3. Goreng sampai garing.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Mayang semua bawang dan hiris cili.
  6. Goreng guna minyak yang baru sehingga naik bau dan layu.
  7. Angkat dan boleh letak atas ikan sardin yang telah siap digoreng.
  8. Hiris limau dan perah masa nak makan.

30.Ikan Mackerel Asam Pedas

Bahan-Bahan:

  • 1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah
  • 4 biji bendi
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 kuntum bunga kantan | belah dua
  • 3 pucuk daun kesum
  • 1/2 cawan air asam Jawa
  • Air secukupnya
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2cm lengkuas

Cara memasak:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih,halia dan lengkuas
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan ikan.
  5. Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan dan daun kesum .
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Biarkan mereneh seketika sehingga timbul minyak. Tutup api

Kredit: rasa.my

Jadi, jangan lupa follow 30 resepi sahur yang menyelerakan dan simple ni tau!

Leave A Reply

Your email address will not be published.