Ultimate magazine theme for WordPress.

10 ANEKA RESEPI IKAN PARI

0 25,751

Ikan pari merupakan ikan yang lain dari yang lain.. Ada sesetengah orang tak makan ikan pari sebab bentuknya agak pelik..

Tapi ikan pari ni sebenarnya sedap tau.. Ikan pari ni sedap kalau bakar atau buat asam pedas.. Saya kongsikan 10 aneka resepi ikan pari yang sedap!

Sebenarnya banyak lagi menu-menu ikan pari yang sedap.. Jom saya kongsikan 10 aneka resepi ikan pari yang simple dan sedap.

BANYAKNYA MENU IKAN PARI NI..

  1. Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan

  • 1 kg ikan pari
  • 1 1/2 cili kisar
  • 1 biji bawang besar + 2 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • Kunyit hidup sebesar Ibu jari
  • 2 hirisan lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 keping Asam keping
  • 1/4 cawan bancuhan air asam jawa
  • 3 cawan air suam (ikut kepekatan masing-masing)
  • Garam (secukupnya)
  • 1-2 sudu kecil Ajinamoto
  • 1 sudu kecil gula
  • 4-5 batang bendi
  • 1 biji tomato (dipotong 2)
  • 1 biji terung (dipotong 3)

Cara memasak

1.Sediakan bahan-bahan.Ikan dipotong,dibasuh bersih dan toskan.

2.Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,bawang merah dan serai.Panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk dan lengkuas hingga keperangan.Masukkan cili kisar,gaul sebati dan biarkan tumisan masak.

3.Bila tumisan dah terbit minyak,tuangkan air asam jawa dan masukkan ikan Pari dan terung.Gaul sebati dan biarkan 2 minit supaya ikan mesra bersama tumisan cili.Kemudian tuangkan air suam,masukkan garam,gula dan ajinamoto.Biarkan mendidih.

4.Bila kuah sudah mendidih,masukkan bendi dan tomato. Biarkan bendi lembut.Matikan api dan sedia dihidang.

Kredit : Gyna Elenna

2. Asam Pedas Ikan Pari dengan Kiwi

Bahan-bahan

  • 500 gm Ikan Pari (dipotong-potong)
  • 1 biji Limau nipis
  • 3 ulas Bawang Merah (dihiris)
  • 1 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 1 batang Serai (ditumbuk)
  • 1 sudu besar Asam Jawa (dicairkan)
  • 3 helai Daun limau
  • 1/2 sudu teh Garam
  • 1/2 sudu teh Stok ayam
  • 1 sudu besar Gula pasir
  • 1 biji Asam keping
  • 3 sudu besar Pes cili
  • 1 biji Tomato bersaiz besar (dipotong berbentuk Wedges)
  • 2 biji Kiwi (dipotong bulat dan dibelah dua)
  • 600 ml Air
  • 5 sudu besar Minyak untuk menumis

Bahan yang dikisar

  • 1 biji Bawang merah besar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 3 biji Cili padi merah
  • 1 biji Cili merah
  • 2 halia
  • 1 cm kunyit

Cara memasak

1.Cuci bersih ikan pari, kemudian perahkan limau nipis di atasnya, biarkan selama 5 minit dan cuci sekali lagi. Keringkan

2.Panaskan minyak tumis bawang dan serai sehingga harum

3.Kisar sehingga halus, bawang merah besar, bawang putih, halia, cili padi, cili merah, dan kunyit. Ketepikan

4.Masukkan pes cili ke dalam tumisan bawang, kacau rata dan masak sehingga agak kering, masukkan bumbu yang dikisar gaul rata dan masak sehingga harum dan minyak keluar

5.Masukkan ikan pari, asam keping, dan daun limau. Gaul rata

6.Masukkan air dan air asam jawa, gaul rata dan tutupkan periuk kemudian masak sehingga masak sepenuhnya

7.Masukkan gula pasir, garam, dan stok ayam, gaul rata dan betulkan rasa. Padamkan api dan masukkan potongan tomato dan kiwi

8.Asam pedas ikan pari sedia untuk dihidangkan.

Kredit : Jeeha_Kitchen

3. Pecal Ikan Pari dan Terung Bakar

Bahan-bahan

  • 2 potong ikan pari
  • 2-3 biji terung(dipotong 2)
  • Segenggam cekur
  • Segenggam Cili padi
  • 2 batang serai
  • 1 keping asam keping
  • 1 cawan santan pekat (Saya guna santan kotak)
  • 1/2 cawan air suam
  • Garam secukupnya
  • Ajinamoto
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak

1.Ikan Pari dilumur sedikit garam.Bakar bersama terung sehingga masak.

2.Tumbuk cekur dan cili padi sehingga lumat.Tumbuk hancur serai.Panaskan sedikit minyak,kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga berbau harum.Masukkan santan dan ditambah sedikit air.(ikut kepekatan yang anda mahukan).Kecilkan api dan biarkan kuah mendidih.

3.Bila kuah mendidih,masukkan asam keping.Perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.Masukkan ikan dan terung.Biarkan mendidih lagi tapi pastikan jangan sampai santan pecah ya.Siap!!

Kredit : Gyna Elenna

4. Pari bakar

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan pari
  • 10 batang cili kering direbus
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 1/4 sudu garam
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar gula
  • 2 cubit kiub pati ikan
  • 2 biji Limau nipis utk diperah slps masak

Cara memasak

1.Rebus cili kering hingga lembut, kemudian kisar bawang besar, bawang putih, halia,tomato, belacan dan cili kering bersama sedikit air

2.Masak bahan2 blender tadi diatas api perlahan sehingga pekat, masukkan garam, gula dan kiub pati ikan

3.Pes ikan bakar sudah siap dimasak

4.Ikan pari dilumur asam jawa utk menghilangkan bau hanyir nya. Biarkan seketika. Kemudian bolehla dicuci

5.Lapik kuali leper dengan daun pisang.Letak ikan pari. Ambil pes yg sudah siap dimasak tadi dan sapukan pd keseluruhan ikan pari. Tutup menggunakan tudung periuk dan bakar selama 20-30 minit menggunakan api perlahan. Tempoh memasak bergantung pd saiz ikan, sekiranya besar lebih lama masa utk memasaknya. Kalau suka boleh perah limau nipis diatasnya

Baca juga >> Resepi kambing yang mudah untuk masak sendiri

5. Asam Pedas Simple

Bahan-bahan

  • Ikan pari @apa2 ikan yang sesuai dan sesuai juga mnggunakan ayam
  • 1 bawang besar
  • 2 ulas bawang puteh
  • Sedikit udang kering @belacan
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit lada kering
  • Sebiji buah tomato buang biji
  • Sedikit minyak
  • Serai
  • Daun kesum
  • Bendi dan tomato

Cara memasak

1.Blend semua bahan2 diatas kecuali daum kesum bendi dan tomata dan serai

2.Panaskan minyak, tumia semua bahan blend sampai pecah minyak sekali masukkn serai

3.Masukkan ikan dan sedikit air

4.Biarkan mengelegak dan masukkan daun kesum, bendi dan buah tomato,siap

5.Panaskan

Kredit : Fineey Hai

6. Ikan Pari masak Asam

Bahan-bahan

  • 5 ketul ikan pari digoreng
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 4 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 2 biji cili merah dihiris
  • 2 sb pes asam jawa dibancuh dgn 500ml air
  • 1 sdb garam dan perasa
  • 1 sudu besar gula

Cara memasak

1.Garam kunyitkan ikan pari dan goreng.Tumiskan bwg besar,bwg putih,halia dan cili merah hingga garing.

2.Masukkan air perahan asam jawa.Masukkan ikan dan garam,gula serta perasa.Masak hingga kuah mendidih.Dah siap

Kredit : Zieta Ali

Antara 10 aneka resepi ikan pari yang boleh kita follow ialah,

7. Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan

  • 500 gm Ikan pari di Potong kecil
  • 20 batang Kacang Bendi
  • 1 batang Serai dititik
  • 5 Helai Daun Limau Purut
  • 7 batang Daun Kesum
  • 1 biji tomato dipotong wedges
  • 1 Keping Asam Pedas
  • 1 Sdb pes asam jawa
  • 500 ml Air
  • 2 Sdk Garam Halus
  • 2 Sdk gula pasir
  • 1 Sdk Serbuk Pati Ayam
  • 100 ml Minyak Sayur untuk menumis

Bahan Kisar

  • 100 gm Cili kisar
  • 10 gm Cili Padi Merah (Optional)
  • 150 gm Bawang Besar
  • 20 gm Bawang Putih
  • 10 gr Halia
  • 3 gm Kunyit hidup
  • 10 gm Buah Keras di Sangrai
  • 4 gm Belacan Bakar

Cara memasak

1.Sediakan semua Bahan-bahan

2.Kisar semua bahan kisar hingga halus.

3.Panaskan Minyak tumiskan bahan kisar, serai, dan daun Limau Purut,tumis sehingga garing dan terbit minyak.tuangkan air,masukan asam keping,pes asam Jawa, garam,gula pasir dan serbuk pati ayam,kacau sebati dan masak sampai mendidih.

4.Masukan ikan pari,kacang Bendi, dan daun Kesum. Didihkan kembali dan Masak sehingga ikan lembut. Sesaat sebelum tutup api masukan Potongan Tomato gaulkan sebati.tutup api dan

sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Jeehan_Kitchen

8. Ikan Pari Bakar Dan Pencicah Kicap

Bahan-bahan

  • 2 keping ikan pari
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam (secukup rasa)
  • 1 sudu besar minyak
  • Bahan-bahan Sos Pencicah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 biji tomato
  • 5 tangkai cili api (boleh ditambah)
  • 5 sudu makan kicap pedas mahsuri

Cara memasak

1.Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan kuali tahan lekat dan masukkan minyak. Masukkan ikan dan tutup kuali.

2.Potong dadu semua ramuan untuk sos kicap. Tambah kicap pedas. Kacau sebati.

Kredit Latifah Nawawi

9. Ikan Pari Masak Lemak Cekur

Bahan-bahan

  • 3 ketul ikan pari..dibakar terlebih dahulu
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 2 biji cili padi merah
  • 5 ke 6 biji buah cekur
  • 200 ml santan
  • 1 biji terung (Belah 2 dan bakar)

Cara memasak

1.Bakar ikan pari dan juga terung

2.Tumbuk bawang merah bawang putih cili api dan cekur

3.Panaskan sedikit minyak..tumiskan bahan yang ditumbuk tadi..agak2 sebati masukkan santan..klu pekat tambah sedikit air..biar mendidih..sentiasa kacau..masukkan garam

4.Masukkan ikan pari dan terung yang telah dibakar..

5.Masak sebentar..last kita letak daun cekur yang telah dihiris..matikan api..siap.

Kredit : Saemila Sharif

Akhir sekali, antara 10 aneka resepi ikan pari yang simple dan sedap nak buat ialah :

10. Ikan Pari Masak Lada Merecik

Bahan-bahan

  • 5 Ketul Ikan Pari
  • 6 Sdb Cili Mesin
  • 3 Sdb Serbuk Kari Ikan
  • 1 Sdk Kerisik
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1 Labu Bawang Besar
  • 2 Inci Halia
  • 1 Batang Serai
  • 4 Helai Daun Limau Purut
  • Sedikit Halba
  • Air Asam Jawa
  • Keping Asam
  • Bendi
  • Terung
  • Lada Hitam (kalau suka boleh masukan)

Cara memasak

  1. Bawang besar dan bawang putih serta halia d tumbuk lumat…klu nk blender pon boleh…
  2. Satukan cili mesin..rempah kari dan kerisik…
  3. Maaf x sempat nk snap gambar anak dah menangis…panaskan minyak masukan halba daun limau perut..serai dan bahan yg d tumbuk tadi…sekejap jerr tumis nyerr yerr
  4. Kemudian masukan cili mesin kari ikan n kerisik..yg telah d gaul bersama2 yerr…tumis Smpai naik minyak….masa ni bau dia perghhhh merecikkk….
  5. Masukan air dlm 1 cawan…biaukan ia mendidih sikit…baru masukan ikan pari TD…dan asam keping…
  6. Selepas itu dalam 10minit…masukan air asam jawa yg ni ikut tekak klu nk masam lebihkan Lerr asam jawa nyerr…klu Sy suka ade rase masam cikit….
  7. Klu kuah tu nampak pekat nau tambah Lerr air lg..ikut Lerr korang klu nk kuah bnyk tmbh air..tp jgn Lerr cair nau x sedappp nanti…jgn luper..sayur bendi n terung… perasakan..garam n perasa…klu x t tawau hebeh lauk…hahahaah..
  8. Ok itu Aje…selamat mencuba masakan sy ni…doakan saya d murahkan rezeki dan bahagia selalu.

Kredit Syifa Harnizah

Leave A Reply

Your email address will not be published.