Ultimate magazine theme for WordPress.

RESEPI PIZZA ROTI GARDENIA MUDAH

0 992

Hai Assalamualaikum semua!

Anak-anak sebut nak makan pizza? Tapi ye lah kadang-kadang tengah malam mana nak cari. Search punya search, jumpa resepi pizza roti gardenia mudah! Fuh.. Mesti seronok anak-anak.

Sekarang ni nak makan pizza tak susah dah sebab boleh gantikan dengan roti gardenia kan. Tak de lah kena uli doh semua tu. hehe.

Senang ke? Sedap ke?

Tapi kalau nak original Pizza, haruslah ke outlet Pizza Hut atau Domino’s tau. Takut ada pulak yang marah Kak Long nanti. hehe

Ni incase kalau anak – anak tak nak makan nasi ke, boleh la pujuk dan umpan dengan pizza dari roti gardenia ni.

Senang ke? Sedap ke? Kena lah cuba dulu.. wink!

Oh ya! sebelum Kak Long terlupa, korang boleh cuba menu spaghetti carbonara ni kalau ada rasa nak makan ala-ala western gitu.

So, jom Kak Long kongsikan resepi pizza roti gardenia mudah ni untuk korang follow. Mudah je buat diaa. Sedap pulak tu. hehe

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK BUAT PIZZA

  • Roti Gardenia
  • Keju mozarella
  • Sosej dicelur
  • Cendawan – potong kecil dan celur
  • Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)
  • Bawang Merah potong halus
  • Cili besar – potong halus (*optional)
  • Daun parsley

CARA – CARA BUAT PIZZA ROTI GARDENIA

1.Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili.

2.Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi. Letak sosej, cendawan, bawang merah, cili merah, dan tabur daun parsley.

3.Setelah sesuai disusun semuanya, barulah taburkan keju mozarella diatas roti dan bakar dalam oven.

  • Kalau tak ada oven, boleh gunakan kuali dengan api sederhana. Tutup kuali untuk kedapkan udara, jadi, keju akan mencair.

Kredit Resepi: Ummi

Haa, baru baca resepi pun dah rasa sedap kan? Kalau dapat buat tu memang menambah-nambah. Tak cukup 1 keping seorang tau.

Nak buat makan sambil tengok televisyen pun boleh, sebagai kudapan. InsyaAllah akan suka

Selamat mencuba follow Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah ni tau. Dah buat, jangan lupa komen ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.